Thursday, 23 January 2014

NAP 2014 : Kenapa EEV


Dasar Automotif Negara 2014 (DAN 2014), yang diumumkan baru-baru ini menarik perhatian dalam kalangan semua peringkat masyarakat, khusus mereka yang peka tentang perkembangan industri automotif di negara ini.

Apa menariknya ialah ramai mereka tertanya-tanya apakah tujuan DAN 2014 memberikan fokus kepada penglibatan Malaysia di bidang "kenderaan cekap tenaga" atau "Energy Efficient Vehicle" (EEV). Justeru rencana kali ini bertujuan menerangkan serba ringkas peranan perusahaan EEV ini dalam terus membantu arus perbangunan automotif negara.

Mengimbas kembali dua rencana lalu, telah dijelaskan strategi menggunakan "perusahaan teras" sebagai pemangkin membangunkan dasar perindustrian negara iaitu dengan membangunkan industri automotif. Cabaran demi cabaran ditempuhi dan diperjelaskan dalam usaha negara memebangun industri automotif ini yang diharap akan membawa Malaysia ke tahap negara berteknologi tinggi.

Setelah tiga abad Malaysia menceburi bidang bidang industri automotif ini dan banyak telah dipelajari, dari sudut pembelajaran yang bermanfaat mahupun kesilapan merugikan. Namun, untuk terus maju ke hadapan industri auototmotif harus diperkukuhkan bagi terus memengkinkan generasi muda ke arah meningkat daya saing dan pengetahuan dari aspek sains, teknologi dan kejuruteraan, kemahiran, kemampuan mereka bentuk dan mereka cipta produk.

Kemampuan industri automotif tempatan dalam pengeluaran kenderaan telah terbukti. Namun teknologi automotif terus meningkat dalam kalangan pengeluaran kenderaan global yang dibangunkan bagi memenuhi tuntutan dunia dalam aspek pencemaran alam sekitar dan penjimatan menggunakan bahan petroleum.

Tekanan ini menjadi pendorong kepada perusahaan-perusahaan kenderaan global ini untuk terus mencipta jenis kenderaan yang kurang atau tiada asap pencemaran dan kenderaan yang memerlikan bahan petrol rendah untuk mencapai jarak jauh yang ditentukan.

Kenderaan seperti ini dikenali sebagai kenderaan EEV merangkumi kenderaan hibrid, elektrik dan yang lebih canggih lagi kenderaan fuel cell. Dalam menghadapi persaingan pasaran masa hadapan, perusahaan automotif negara tiada mempunyaipilihan kecuali menceburi bidang sama.

Menyedari hakikat akan berlaku saingan hebat di pasaran masa akan datang di antara kenderaan konvensional dengan kenderaan EEGV ini, dan di samping industri automotif negara juga memerlukan daya pemangkin yang baharu untuk mempercepatkan perolehan teknologi yang lebih tinggi dan daya saing dalam mesyuarat automotif negara. DAN 2014 membuat ketetapan memberikan perhatian ke arah membangunkan industri EEV ini.

Usaha menghasilkan kenderaan EEV bukanlah satu perkara baharu di Malaysia, di mana pada 1997 perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad merasmikan sebuah syarikat usaha sama TNB iaitu  "Perusahaan Automotif Elektrik Malaysia atau POEM" yang bertujuan mengeluarkan kenderaan elektrik negara. Bagaimanapun usaha ini terbantut akibat krisis mata wang tahun yang sama.

DAN 2014 memberi banyak penekanan ke arah menjadikan Malaysia sebagai pusat pengeluaran kenderaan EEV di rantau ini, dengan harapan dapat menarik minat pengeluar kenderaan global melabur di negara ini mengeluarkan kenderaan jenis EEV. Adalah dianggarkan jumlah 6 juta kenderaan jenis ini akan menembusi pasaran Asean pada 2020. Sementara itu sejumlah 1.5 hingga 2 juta kemampuan pengeluar kenderaan diperlukan bagi memenuhi permintaan di tahun-tahun 2016 dan 2017 akan datang.

Dapat dilihat potensi yang bakal wujud bagi perniagaan kenderaan EEV ini dan Malaysia mempunyai peluang baik berdasarkan liberalisasi pengeluaran komponen yang telah dilaksanakan, di samping keseluruhan pengeluar komponen tempatan tidak terikat dengan mana-mana syarikat luar mahupun sebarang jenama. Kelebihan ini akan mendorong para pengeluar automotif global untuk menabur di negara ini, di mana sokongan perusahaan komponen tempatan adalah lebih sesuai.

Peluang juga terbuka bagi usahawan tempatan untuk menceburi bidang baharu pengeluaran komponen EEV yang diperlukan. Inisiatif ini diharap akan memperbesarkan jumlah pengeluaran komponen bagi industri tempatan untuk lebih berdaya saing, di samping peningkatan jumlah pengeluaran yang bakal wujud dari usaha mengeksport komponen EEV ke negara luar.

Perusahaan EEV juga akan memacu penglibatan teknokrat tempatan, para akademia, organisasi penyelidikan  dan pembangunan, serta keseluruhan tenaga kerja dalam rangkaian industri automotif tempatan  menerokai teknologi baharu, mereka cipta produk-produk baharu, proses pengeluaran dan bahan-bahan baharu yang diperlukan oleh perusahaan EEV ini.

Kejayaan sesebuah ciptaan  kenderaan EEV banyak bergantung pada penumpuan mengurangkan berat kenderaan tersebut. Untuk mencapai matlamat pengurangan berat ini banyak teknologi tinggi, daya penyelidikan dan pembangunan serta daya kreativiti diperlukan.

Pendek kata, perusahaan EEV akan mempercepatkan arus pembangunan sains dan teknologi serta daya cipta dalam kalangan rakyat malaysia, di samping membuka pasaran baharu kepada perusahaan automotif negara. Malaysia juga akan mendapat pengiktirafan sebagai sebuah negara membangun yang prihatin terhadap suasana pencemaran global yang melanda dunia semasa.
http://mai.org.my/v3/index.php?option=com_k2&view=item&id=95:nap-2014-kenapa-eev

No comments:

Post a Comment